Thursday, June 6, 2024

Dia datang dan pergi seperti juga saat yang datang dan berlalu

 Kita digembala oleh waktu yang datang dan berlalu seperti angin datang pergi. Tiada yang terletak terus dan abadi seperti tunggul dan pohon yang tegak rendang. Akhirnya kita akan terus dibuai mimpi untuk hidup menerus selama lamanya. Aaah, mana mungkin, kita telah dijanjikan untuk tinggal sementara di bumi yang fana ini, kerana tempat pengakhiran kita bukan di sini, bukan selama-lamanya di dunia ini. Lalu kita sebagai musafir yang singgah di dunia ini. Tiada apa-apa jika tidak dapat menyumbangkan apa-apa dalam hidup ini. Kita hanyalah dedaunan kering yang gugur akhirnya, hilang ditiup angin.Hidup ini bagi insan, akan  datang dan pergi.  Akan kembali ke tempat asalnya. Mati itu  pasti. Hidup akhirnya  kita berakhir kepada kematian. Mahu atau tidak mahu diri terdiri akan diusung ke alam yang abadi. kekal untuk selama-lamanya. 

Apa ertinya keikhlasan dan kerakusan, apabila seorang guru menjadi pengajar dalam masa yang sama mengamalkan rasuah dalam aktiviti kehidupannya. Tidak ada apa-apa alasan yang dibenarkan oleh agama dalam amalan rasuah. Segelintir memberikan alasan dengan dengan untuk menolong untuk mendapatkan lesen memandu, contohnya. Lalu berlakulah jual beli dengan harga yang tertentu di antara mereka. Kegiatan ini dilalui dengan adanya wang sogokan di antara orang tengah dengan pihak penguatkuasa. Lulus tetapi tidak bermaruah.. Ujian diluluskan, tetapi inilah dosa yang maruah yang telah ditanggung seumur hidup. 

 Kenapa mulut dan tangan mereka tidak dapat mengawal perasaan, kebodohan yang lalu, sedangkan kejahatan itu senantiasa bermain di depan mata.Epilog selalunya ada penghujung, samada baik atau jahat. 

Ke makam ayah

aku seringkali mendatangi daerah itu, bersama dengan kesepian, setelah berbulan-bulan tidak kudatangi ia.lalu setiap pagi setelah mentahari segalah naik, aku  menyedari senyuman ayah sedang terukir di pintu rumah menyambut kepulanganku. tetapi kali ini aku kembali ke pintu tanah wakaf itu, hanya dengan semangat dan kecekalan untuk meneruskan aspirasi. 

Sunday, October 25, 2020

Kepingan potret insan

Jauh masa ditinggalkan, anak-anak kini kian membesar bersama waktu, daripada menungan dan impian seorang guru yang telah memberikan pedoman hidup kepada pewaris kehidupan. Siapakah dia di masa itu membahagiakan seluruh isi keluarga. Dengan sedaya upayanya dia akan cuba mencari jalan untuk menyenangkan seluruh insan yang dekat dengan dirinya. Masa telah jauh meninggal, di antara kami sedang menakah menuju dewasa, dan ada di antaranya yang telah pergi untuk selama-lamanya. Kita yang tinggal wajar terus melangkah dan melangkah berbuat bakti. Kita telah kehilangan sebutir permata yang indah dan bersinar. Kita kehilangan bauran dan tacapan cinta, yang selama ini kita alpakan. Kita sering menjadi lupa untuk menyatakan terimakasih. Terimakasih Ayah!


 

Sunday, May 31, 2020

mee goreng basah sedap che nom

Bahan-Bahan:


  • Bahan-bahan untuk stok rebusan udang:
    • Kulit udang
    • 2-3 cawan air
    • 1 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk mee goreng:
    • 3-4 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 sudu besar cili kisar
    • 3-4 sudu besar kicap
    • 3 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 8-10 ekor udang
    • Sayur sawi (batang)
    • 2 keping kek ikan
    • 10 biji bebola ikan
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1 pek mee kuning
    • 1 biji tomato
    • Sayur sawi (daun)
    • 1 mangkuk taugeh

Cara Penyediaan:


  1. Cincang kasar bawang putih.
  2. Potong fishcake dan fishball.
  3. Hiris kasar tomato.
  4. Asingkan bahagian batang dan daun sawi kemudian potong kecil.
  5. Hiris cili merah dan limau nipis untuk hiasan.
  6. Rebus kepala dan kulit udang dengan sebiji bawang putih untuk stok udang.
  7. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  8. Masukkan cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram, udang, batang sawi, fishcake dan fishball.
  9. Masukkan lada sulah dan air rebusan udang (tapis).
  10. Boleh adjust tambah sos atau kicap manis jika suka.
  11. Masukkan tomato dan stok air udang lagi supaya lebih berkuah.
  12. Masukkan daun sawi dan taugeh.
  13. Hiasakan dengan hirisan cili merah dan limau nipis.

Tips:


  • Tujuan tekan batang sawi bagi pecah sebab batang sawi akan serap kuah tumisan jadi lembut dan lebih sedap.
  • Tip untuk mee tak mudah kembang, basuh dan tos je, jangan celur dengan air panas, jika tidak mee cepat lembik bila masak.


Mee Goreng Basah Che Nom

Bahan-Bahan:

  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak:5 minit,
  • Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Mee Goreng Basah yang sangat sedap dan memang antara menu kegemaran Che Nom.
Mee digoreng supaya sedikit berkuah tanpa dimasukkan telur. Bahan-bahan lain boleh ditambah mengikut selera masing-masing dan kali ini Che Nom gunakan seafood iaitu udang dan sotong sahaja. Boleh juga gantikan dengan ayam dan daging.
  •  paket mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • hirisan kek ikan
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7-8 ekor udang, buang kepala
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji tomato, potong 8
  • 1 mangkuk air rebusan kulit udang
  • batang sawi
  • sayur daun sawi
  • taugeh
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • bawang goreng
    • hirisan daun bawang
    • hirisan cili merah
    • limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan:


  1. Panaskan air, celur mee kuning dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar dan masak cili sehingga garing.
  4. Masukkan kek ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
  5. Masukkan pula mee kuning, sayur daun sawi dan taugeh. Boleh tambah sos cili dan kicap lagi jika suka.
  6. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tips:


  • Tak perlu masukkan garam dan gula kerana rasa masin dan manis sudah cukup dari kicap, sos dan bahan-bahan lain.

Friday, April 3, 2020

RAJA SEGALA UBAT
Adapun selawat yang dibawah ini , dinamakan Selawat Tafrijiyyah yang mana tersangat banyak khasiatnya , dan mengandungi bermacam2 fadhilat bagi mereka yang beramal dengannya , sebagaimana kata Imam Ad-Dainuriy, "Barangsiapa menjadikan wirid merurut peraturan2 dibawah ini , nescaya mendapat manfaatnya"
.
Dibaca 11 kali lepas sembahyang fardu , mendapat rezki yang ma'mur .
Dibaca 41 kali lepas sembahyang subuh , berhasil segala maksudnya .
Dibaca 100 kali lepas sembahyang fardu , berjaya apa2 yang dicitanya .
Dibaca 313 kali pada sebarang masa , boleh melihat segala perkara yang ajaib2 .
Dibaca 1000 kali tiap2 hari , terbuka segala pintu kebajikan .
.
Menurut pandangan Al- Imam Qurthubiy :
Mereka yang melazimkan membaca selawat ini pada 41 kali , atau 100 kali , nescaya hilang segala duka cita , terjauh daripada bala' bencana , luas rezkinya , perkataannya didengar orang ( masin ) , terselamat daripada kepapaan , bertambah kasih sayang manusia kepadanya , dan berhasil segala apa yang dihajatinya dengan berkat berkekalan beramal dengannya , dengan tulus ikhlas dan yakin dan jazam .
.
Sekiranya sesuatu hajat yang besar untuk menolak bala' dan sebagainya , mahulah dibaca sebanyak 4444 kali diatas tikar sembahyang , mengadap qiblat , lepas isyak , in sha Allah ditunjukkan oleh Allah apa2 yang diniatkan itu ...
Inilah dia selawatnya :
بسم الله الرحمن الرحيم , اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام , بوجهك الكريم وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك .....
(Petikan daripada Kitab Senjata Sulit , Tok Janggut Gerik) , mudah2han perkongsian ini bermanfaat , dunia akhirat .