Wednesday, October 7, 2015

Maahad Tahfiz Tambun 7


Konvo Maahad Qiraat Addin Tambun 7 dan Keseluruhannya


Tentang SYS


SYS


Kini masa sedang merentasi usia

Kalian kanak-kanak yang dahulu berlari dan ketawa mengejar sesama sendiri di laman rumah. Seronok dan bahagia menjadi kanak-kanak , bagi sesiapapun. Tahun-tahun itu telah lama berlalu. Kini kalian sudahpun remaja dan memiliki pekerjaan. masing-masing dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan bersaing. Dunia kalian hari ini tergamam dengan hakikat sebenar dunia penuh dengan persaingan dan kemelut yang melukakan. memualkan serta berfikir beginikah dunia yang dihadapi oleh manusia setelah dewasa. 

Saturday, October 3, 2015

Kita masih lagi bernafas

Tanda kesyukuran akan kebesaran Tuhan. Berikan aku kekuatan untuk berbakti kepada insan-insan lain dan menyumbang kepada agama dan negara. Kita masih terasa kehangatan cinta dan belaian. Di antara kaitan dengan gerak nafas dan perjalanan yang masih panjang, aku harus menyembuhkan kelukaan dan kepiluan yang datang menghantui setiap pintu kebaikan. Begitu berat memandang, apatah beban yang memikul. Semua ini harus kita lalui dan melakukan sesuatu sehingga ke penghujung nafas yang bergerak.

Diusia yang masih awal, kau merasai setiap pintu-pintu sedang menanti, kebaikan dan keburukan senantiasa terbuka dan pilihan kebaikan itu lebih menjamin untuk berada di sebuah mahligai teramat indah di syurga Tuhan kita. Kita perlu bersyukur dan merasai ketenangan senantiasa juga mengintai, selagi bernama insan.
    Hari ini January 2024, kita sedang tersenyum dan lidah masih menyebut kebesaranMu, Rabb. Kau tidak terbaring lesu seperti dirimu pada suatu ketika. 2012, tahun itulah kau anakku dimasukkan ke hospital kerana saban hari kau demam berpanjangan.

Kini kau mula berlari mengejar indahnya pelangi, dan teruskan mengisi ruang yang dianugerahi Tuhan

Setiap dugaan yang diberi oleh Allah SWT, memberikan kesan yang mendalam kepada perjalanan diriku. Dengan kudrat dan inayah Tuhan, setiap gerak nafas menjadikan aku semakin insaf dan perjalanan perlu diteruskan.