Kenangan bersama berkocak di lubuk
mengejar haruan terlepas digenggaman
disengat anak keli sakit tidak terkira
dikendung sewaktu kaki terseliuh
hanya ayah membendung sarat
dan sakit bisa gigitan kala di kaki
siapa lagi
kalau bukan suara gusar ibu
sedang aku perlu jadi lebih dewasa
dan alam telah mengajarku erti sakit.
Sungguh terasa nikmat dapat bertutur, melihat dan berfikir. Bersyukurlah dilahirkan sebagai hamba Tuhan. Ada DIA untuk kita sembah. Bagaimana ? Tuhan menciptakan, untuk apa dijadikan, atau membiarkan otak menjadi kering? Maka samalah juga kejadian isi-isi alam tidak berakal lain, batu,kayu,pepejal,tumbuhan dsbnya.
Saturday, April 17, 2010
Belakang titik ada detik
Apa lagi yang kita sedut selain udara
kalau bukan nafas dan perasaan orang lain yang mencintai
betapa harumnya bau mawar di tangan perawan
tetapi belum tentu kesegaran
yang diharapkan dimiliki
disepanjang perjalanan
alam bahagia
Di tangan lelaki ada kekuatan
tetapi luntur dilidah seorang kekasih
sesekali dia sedar dan liar
sehingga terlupa
banyak bedanya
rumput di bumi.

Monday, April 12, 2010
Ada kala hanya diam
Friday, April 9, 2010
Lelaki, Suami yang hanya tahu melepaskan marah
Sedih dan pilunya perasaan seorang isteri yang pernah disayang, dibelai, dimanja kemudian sesudah kalungan cinta terlerai dia diseksa, dipukul, disirami asid sehingga mencacatkan wajahnya. Tuhan jadikan lelaki untuk melindungi, menjadi pelindung kepada kaum wanita, bukan setelah memuaskan rasa, melepaskan nafsu lalu mereka dihina. Aduhai! Lelaki perkasa, mengapa sekejam itu, kau menzalimi isterimu, sesudah datangnya dendam dan cemburu.
Mereka dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, yang lembut dan mudah lentur. Kalau sudah dibenci, biarkan Tuhan memberi mereka kasih sayang lagi dan memberi mereka rezeki. Lepaskan saja mereka daripada ikatan kasih, ikatan hidup rumah tangga. Inilah tabiat manusia, sedang dapat menikmati kasih yang ranum barangkali, lalu isteri tidak disantuni lagi.
Ingat, semua apa yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan Tuhan.
Ini kerana salahnya sistem kehidupan, yang mengajar mengejar kebendaan, sehingga akal budi hanya tinggal beberapa titis. Yang mengalir didalamnya bukan darah keinsanan tetapi noda keji dan tidak betah digelar manusia.
Balaslah kebencian dan kasih sayang.
Yang akan dibawa pulang ke dunia sana adalah pembalasan.
Peringatan untuk lelaki sepertiku.

Yang cantik selalunya pahit
Kefanaan ini lembaran puji menjulang terlupa untuk memuji Pencipta
singgahpun seketika memenuhi zikir dan kurang berfikir mengapa hidup diakhiri kematian
daripada saat mula mengenal cermin dan percikan wajah cinta.
Siapa berlari memburu gelombang sedangkan dunia pun menghancurkan setiap pujian yang diluruti bersama jemari nafsu yang sopak ranah, dialah kita berjalan tanpa mata hati kecuali
mengelusi kulit perit ditikami cahaya yang sementara.
Pada perpisahan kita bertingkah menafsirkan salah tanpa suara
lalu ada api membakar dalam senyap, kecuali ia dipadamkan oleh keteduhan iman dan kekudusan cinta
maka jadilah cahaya abadi yang tidak nampak di mata
cahaya pelangi nan indah
munculnya sesekali dalam hujan
namun sangat mendamaikan jiwa ini.

Tuesday, April 6, 2010
Kaulah puteri abah tiada jeda tautan kasihnya
tiada berbagi impiannya
ditunjukki kelurusan jalan
mana simpang harus dilalui
mana cinta yang benar
mana kasih yang sejati
jauh kau di mata abah
terlerai genggaman iman di kota resah
bersama resah gelora dada kau terhimpit
seolah-olah tubuhmu milik kota itu
kaupun tahu dosa dan pahala
kerana abah tidak pernah mengajar
kau jadi derhaka pada Tuhan
melupai pesannya.
Jangan melupai pintu-pintu kebaikan
rukuklah bersama orang-orang yang pemalu
dan takutlah azab balasan Tuhan
kerana datangnya kematian
tidak menunggu dewasa
dan ingatlah jari jemari abah pernah menunjukki
jalan yang baik
kebenaran yang hakiki
yang pula akan kau harapkan
untuk putera puterimu.

Naratif dari sebuah persinggahan
Pernah kita seiringan berkongsi hasrat
meluahkan rasa dan menerima perasaan
menimba manis menelan pahit
hanya seketika
akhirnya kita meningkatkan darjat kenyataan
berpisah kerana kau ingin jadi perempuan terhebat
dan aku ingin menjadi suami terbaik kepada isteriku
akhirnya kita terpisah
Persoalannya, mengapa diteruskan
setelah kita tahu persahabatan ini melukakan nurani,
Ataukah ada kalanya kita wajar bersandar
di pepohonan yang teduh
meskipun berlainan mimpi
hanya Tuhan yang tahu
apakah kesudahan naratif dan maksudnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Setiap dugaan yang diberi oleh Allah SWT, memberikan kesan yang mendalam kepada perjalanan diriku. Dengan kudrat dan inayah Tuhan, setiap...
-
Di anjung kehidupan ini ayah merenungi hari-hari yang berlalu. Melalui latar zaman, kejerihan memikul hidup di sebuah desa. Kecekalan serta...