Tugas melaksanakan pembangunan sosial, ekonomi, budaya, dan keintelektualan bangsa ditanggan orang politikkah? Sehingga menghina institusi akademik, gedung bangsa mencerdas, menjana, menjenterakan akal budi bangsa.kalau bukan orang-orang politik keparat, siapa bangsat tangan-tangan bersalut kuasa manusia. Hilang pertimbanga kuasa akal, kekuatan rohani, kerana hati sudah beku bersama kotoran sampah masyarakat, berbaur kehendak hati iblis.Jangan lagi diguna minda intelek, kalaulah sudah manusia intelek ini menurut telunjuk kecelakaan Si Abu Jahal.Korpus bangsa kita berpandukan khazanah akal bangsa zaman silam, di mana gegelung akal rektor memerintah menara gading.Lemah selemahnya rektor umpama sektor perkilangan membuat patung model atau sarung tangan getah, dan segala yang dihasilkan daripada polimer.Kerajaan basi ini perlu dicampakkan ke sektor sampah sarap di hujung sempadan. biar membiak bersama tulang-tulang reput menjadi fosil kering, tidak juga hendak dijadikan abuk-abuk papan beku bersama abu mayat si Abu Jahal.
Sudah jelak memerhati politikus tertentu, yang tidak memartabatkan tamadun bangsa, agama dan negara ini! Mereka berpakaian tetapi bogel, tetapi muka tidak tahu malu! Mereka berbibir manis, tetapi hati busuk! Mereka kaya raya, rakyat dibebani harga barangan naik tidak pernah turun.Setan! Setanlah membelenggu mereka.Atau mereka membelenggu syaitan! Sekongkol dan segerombolan seperti tentera Si Abu Jahal memerangi pihak mukminin.Politik ini lebih hebat daripada plotik kesyaitanan.Bezanya banyak. Mungkin syaitan tidak perlu memborong pakaian jenama impot terlalu borong dan warna warni.Tidak perlu memakai kasut kulit, tidak perlu membeli emas dan cincin berlian yang mahal-mahal.Dan tidak perlu memiliki rumah istana agam menara di puncak.Manusia hebat ataukah politik hebat?
Sungguh terasa nikmat dapat bertutur, melihat dan berfikir. Bersyukurlah dilahirkan sebagai hamba Tuhan. Ada DIA untuk kita sembah. Bagaimana ? Tuhan menciptakan, untuk apa dijadikan, atau membiarkan otak menjadi kering? Maka samalah juga kejadian isi-isi alam tidak berakal lain, batu,kayu,pepejal,tumbuhan dsbnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Setiap dugaan yang diberi oleh Allah SWT, memberikan kesan yang mendalam kepada perjalanan diriku. Dengan kudrat dan inayah Tuhan, setiap...
-
Di anjung kehidupan ini ayah merenungi hari-hari yang berlalu. Melalui latar zaman, kejerihan memikul hidup di sebuah desa. Kecekalan serta...