Thursday, July 15, 2010

Sebuah keluarga

Sebuah keluarga yang besar lagi bahagia. Sebuah rumah yang mesra bertambah damai. Sebuah perkahwinan yang terjalin sehinggalah nyawa bercerai badan. Pernikahan perlulah dipupuk dengan rampai-rampai pengertian. Tidak sekadar meneguk kopi dari cawan.

Kawin kawin,..jangan segan



Membesarkan kebahagiaan

Siapa lagi kalaulah tidak pasangan bahagia ini meneruskan bahasa dan jerih payah membesarkan keluarga dan tinta nasihat untuk anak-anak menjadi insan, insan sebenar yang mampu menerajui manusia lain.

Ibunda Tersayang

Detik cepatnya melurus meruncing menujah seperti lembutnya angin. Ada bisa dan manjanya, ada kenangan pahit dan manis. Usia meniti di atas jarum waktu, detik demi detik pasti pergi. Ada lagi sesuatu yang ingin aku bangunkan dalam kekurangan, ada sebentuk mutiara yang ingin ku palamkan ke mahkota fikir.
Walau begitu cepat masa berlalu, aku sering memanjat bicara pada DIA,...agar usia mencapai ke takah harapan, kerana hidup ini sebuah perjuangan.