Saturday, July 28, 2012

Kita akan berkhemah, apabila musim rindu bertandang

anak-anakku kian membesar dan masing-masing dengan perjuangan menimba ilmu. Kini hanya dapat bersama dalam waktu tertentu dan begitu jarang waktu itu terjadi. Satu ketika begitu mudah kami berbual dan bermesra, ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Keempat-empat anakku sedang belajar di Maahad Tahfiz di Ipoh dan di Slim River, Perak. Perancangan ini ditentukan oleh Allah SWT.

Tuesday, July 17, 2012

Tahun Ke-4, mendatangi kampus hijau melestarikan jatidiri

Diam tak diam, tidur tak tidur,siang bersilih malam, doa berselang doa, kian hampir ke mercu terakhir langkah menjejak di halaman ilmu USM. Ada teman-teman yang hilang di alam angan-angan, ada juga yang tercicir kerana malu hendak meneruskan, ada yang tersedak dengan asam garam, tidak kurang juga yang hanyut dalam percintaan sehingga kecundang dalam perlumbaan mencintai ilmu. Ayuh! Teman-teman seangkatan, menara kejayaan kian hampir di hadapan kita. Jika ada aral melintang, gagahi , hunuskan senjata keimanan dan jatidiri. Kerana kita bukan diperkotak katik oleh nasib dan aku tahu, gerbang ilmu bukan kerja orang separuh songsang, juga bukan permainan hitungan orang kecil-kecil. Ini kerja orang bermartabat dan merasakan maruah harus dibela.Ayuh!