Setelah kucintai dirimu
ianya seberat amanah Tuhan
cinta yang agung
menikmati cintamu
umpama mataku memandang tasik indah
tenang membiru
mengalir ketulusan didalam tubuh
bernafas dengan rohku
yang abadi
bukan mataku lagi
pemberian Tuhan
Maha Pencipta.
Meskipun kau tiada di sisiku lagi.
Sungguh terasa nikmat dapat bertutur, melihat dan berfikir. Bersyukurlah dilahirkan sebagai hamba Tuhan. Ada DIA untuk kita sembah. Bagaimana ? Tuhan menciptakan, untuk apa dijadikan, atau membiarkan otak menjadi kering? Maka samalah juga kejadian isi-isi alam tidak berakal lain, batu,kayu,pepejal,tumbuhan dsbnya.
Wednesday, March 31, 2010
Kata-kata dusta
Matakah yang berbicara dusta
menurut desakan cinta
terlupa suatu hari
lidah
mengatakan sesuatu yang lain
mengadap Tuhan
bersama kepalsuan yang diucapkan.
menurut desakan cinta
terlupa suatu hari
lidah
mengatakan sesuatu yang lain
mengadap Tuhan
bersama kepalsuan yang diucapkan.
Kalaulah kita berpisah
biarlah disebabkan oleh kebenaran
yang tidak perlu disembunyikan
walau secebispun.
Kalaulah kita membisu
biarlah tidak kerana marah dan dendam
yang pernah kita janjikan
percintaan bermula dari keikhlasan
hanya Tuhan yang tahu catatan
rahsia di dadamu.
Kalaulah ada lagi kepahitan sebegini
sudah pasti tidak sanggup ku renangi
kerana mudah menyatakan takdir
tetapi sulit memikul sakit.
biarlah disebabkan oleh kebenaran
yang tidak perlu disembunyikan
walau secebispun.
Kalaulah kita membisu
biarlah tidak kerana marah dan dendam
yang pernah kita janjikan
percintaan bermula dari keikhlasan
hanya Tuhan yang tahu catatan
rahsia di dadamu.
Kalaulah ada lagi kepahitan sebegini
sudah pasti tidak sanggup ku renangi
kerana mudah menyatakan takdir
tetapi sulit memikul sakit.
Manakah sebenarnya
Telahpun ku tunaikan janji
apa lagi yang tertinggal
kecuali kebencianmu yang tak terpadam
oleh ketulusanku.
adakah setiap perpisahan selalunya
bermula dari pertemuan
atau adakah kerana cinta
perlu diteruskan
semata-mata kerana keikhlasan.
apa lagi yang tertinggal
kecuali kebencianmu yang tak terpadam
oleh ketulusanku.
adakah setiap perpisahan selalunya
bermula dari pertemuan
atau adakah kerana cinta
perlu diteruskan
semata-mata kerana keikhlasan.
Mungkin juga ,....
percayakah, sejauhmana kita hendak melupakannya
setinggi manakah kita terbang meninggalkan kenangan
adakah utuh teguh pendirian
tidakkah dapat kita bertemu
untuk mengukirkan senyuman
walau hanya sebaris kata
betapa sayangku padamu.
setinggi manakah kita terbang meninggalkan kenangan
adakah utuh teguh pendirian
tidakkah dapat kita bertemu
untuk mengukirkan senyuman
walau hanya sebaris kata
betapa sayangku padamu.
Inikah akhirnya
wajarkah cinta yang tumbuh
dibiarkan terbiar
menjadi sukar
dan belukar
mengapakah tidak
menjadi taman keikhlasan
setelah melalui kesukaran
dan kepayahan kala memulakannya.
dibiarkan terbiar
menjadi sukar
dan belukar
mengapakah tidak
menjadi taman keikhlasan
setelah melalui kesukaran
dan kepayahan kala memulakannya.
Keinsafan
Ketika hujan
seorang muazin
memuji kebesaran-MU
Masjid yang indah
berdiri megah
tapi tiada yang sujud
kecuali imam dan bilal
dan sebaris saf pendek.
Sedang hujan masih membasah
rahmat masih terus mengalir juga
apakah yang kurang dalam seruan?
seorang muazin
memuji kebesaran-MU
Masjid yang indah
berdiri megah
tapi tiada yang sujud
kecuali imam dan bilal
dan sebaris saf pendek.
Sedang hujan masih membasah
rahmat masih terus mengalir juga
apakah yang kurang dalam seruan?
Isteri Yang Kutalakkan
Kerana aku tidak mampu membelikan
seekor kuda dan sebuah mahligai di puncak
buat hadiah perkahwinan kita
kau teruskan rajuk berbulan lama
membiarkan sendirianku bersama
lilitan serban keimanan
dan panji kedukaan.
Setelah kutalakkan kau
bersaksi seluruh penghulu langit
dan ibumu yang tersipu-sipu malu
atas kerelaanmu
tangismu jatuh
bagaikan mutiara menyirami kegersangan;
kutadah dengan selembar kekesalan.
Namun, bulan yang teduh
waktu sejadahku basah
dalam doa yang pasrah
ku berhenti mengeluh;
kerana
kau punya mata rawan kepuraan
bertopengkan kebendaan.
seekor kuda dan sebuah mahligai di puncak
buat hadiah perkahwinan kita
kau teruskan rajuk berbulan lama
membiarkan sendirianku bersama
lilitan serban keimanan
dan panji kedukaan.
Setelah kutalakkan kau
bersaksi seluruh penghulu langit
dan ibumu yang tersipu-sipu malu
atas kerelaanmu
tangismu jatuh
bagaikan mutiara menyirami kegersangan;
kutadah dengan selembar kekesalan.
Namun, bulan yang teduh
waktu sejadahku basah
dalam doa yang pasrah
ku berhenti mengeluh;
kerana
kau punya mata rawan kepuraan
bertopengkan kebendaan.
Tentang Lilin
Kini angkasaraya pun benderang
oleh api dari seluruh menara
hingga melupakan duka dan seorang pujangga
sedang meriwayatkan sebatang lilin
yang membakar dan menerangi insan lain.
Dan di kaki lima
masih berdiri dia bersama sekumpulan
generasi menafsir mimpi
benang yang kusut
dalam cahaya lilin terliuk lintuk
Sewaktu generasinya bertempiaran lari
lilinnya turut terpadam
disambar petir
namun dia masih cuba menyalakan
sebatang lilin dalam tempias hujan
bersama tangisan hibanya.
oleh api dari seluruh menara
hingga melupakan duka dan seorang pujangga
sedang meriwayatkan sebatang lilin
yang membakar dan menerangi insan lain.
Dan di kaki lima
masih berdiri dia bersama sekumpulan
generasi menafsir mimpi
benang yang kusut
dalam cahaya lilin terliuk lintuk
Sewaktu generasinya bertempiaran lari
lilinnya turut terpadam
disambar petir
namun dia masih cuba menyalakan
sebatang lilin dalam tempias hujan
bersama tangisan hibanya.
Cinta Yang Kehilangan Kunci
Sewaktu dia berhadapan dengan ketegangan
seringnya dia bersikap tenang dan banyak
mengalah
meningkatkan darjat dewasa
dan membisukan marah
Lalu dikurungnya diri pada satu kamar terkunci
memenungi sepi dan jasa yang tidak pernah
dihargai
Kaupun menyangka pertengkaran itu satu lumrah
untuk memaniskan cinta
kerana adakalanya pintu itu
tidak dapat kaubuka lagi
dengan senyuman dan bujukan
kerana dia kehilangan kunci cintanya.
seringnya dia bersikap tenang dan banyak
mengalah
meningkatkan darjat dewasa
dan membisukan marah
Lalu dikurungnya diri pada satu kamar terkunci
memenungi sepi dan jasa yang tidak pernah
dihargai
Kaupun menyangka pertengkaran itu satu lumrah
untuk memaniskan cinta
kerana adakalanya pintu itu
tidak dapat kaubuka lagi
dengan senyuman dan bujukan
kerana dia kehilangan kunci cintanya.
Ramalan Yang Benar
Bukankah ramalanku
lebih benar daripada
tukang ramal yang
tidak semestinya benar.
Berbulan lama menanti La Nina
yang tak kunjung tiba
sekadar hujan - banjir biasa.
Di perhentian lebuh raya
sempat kubaca berita utama
beberapa mangsa virus
mati secara tiba-tiba.
Bukankah ramalan ulama
lebih benar daripada ramalan
tukang sihir negara?
lebih benar daripada
tukang ramal yang
tidak semestinya benar.
Berbulan lama menanti La Nina
yang tak kunjung tiba
sekadar hujan - banjir biasa.
Di perhentian lebuh raya
sempat kubaca berita utama
beberapa mangsa virus
mati secara tiba-tiba.
Bukankah ramalan ulama
lebih benar daripada ramalan
tukang sihir negara?
Yang indah selalunya mahal
Kalaulah petang ini ada pelangi
lihatlah di luar jendela
pasti ada gerimis
mestikah gerimis dan pelangi
hidup bersama
ke mana hilangnya
keindahan
di saat kita memerlukan.
Kalaulah malam ini ada bulan
dipohon mana pungguk berlagu
pastikah bulan dan malam tidak terpisah
dan siapa menyedari
bulan juga merindui matahari
walaupun tidak bertaut hati.
lihatlah di luar jendela
pasti ada gerimis
mestikah gerimis dan pelangi
hidup bersama
ke mana hilangnya
keindahan
di saat kita memerlukan.
Kalaulah malam ini ada bulan
dipohon mana pungguk berlagu
pastikah bulan dan malam tidak terpisah
dan siapa menyedari
bulan juga merindui matahari
walaupun tidak bertaut hati.
Salam dan ingatan
Tiada jalan bercahaya untuk kita lalui
kecuali rasa keikhlasan saat bersama
sama-sama melakar mimpi
kecuali untuk kenangan
di suatu masa
ada kalanya jadi berguna
selama-lama tidak dirasai
kecuali cinta yang
telah kita lalui ini.
kecuali rasa keikhlasan saat bersama
sama-sama melakar mimpi
kecuali untuk kenangan
di suatu masa
ada kalanya jadi berguna
selama-lama tidak dirasai
kecuali cinta yang
telah kita lalui ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Setiap dugaan yang diberi oleh Allah SWT, memberikan kesan yang mendalam kepada perjalanan diriku. Dengan kudrat dan inayah Tuhan, setiap...
-
Di anjung kehidupan ini ayah merenungi hari-hari yang berlalu. Melalui latar zaman, kejerihan memikul hidup di sebuah desa. Kecekalan serta...