Kita digembala oleh waktu yang datang dan berlalu seperti angin datang pergi. Tiada yang terletak terus dan abadi seperti tunggul dan pohon yang tegak rendang. Akhirnya kita akan terus dibuai mimpi untuk hidup menerus selama lamanya. Aaah, mana mungkin, kita telah dijanjikan untuk tinggal sementara di bumi yang fana ini, kerana tempat pengakhiran kita bukan di sini, bukan selama-lamanya di dunia ini. Lalu kita sebagai musafir yang singgah di dunia ini. Tiada apa-apa jika tidak dapat menyumbangkan apa-apa dalam hidup ini. Kita hanyalah dedaunan kering yang gugur akhirnya, hilang ditiup angin.Hidup ini bagi insan, akan datang dan pergi. Akan kembali ke tempat asalnya. Mati itu pasti. Hidup akhirnya kita berakhir kepada kematian. Mahu atau tidak mahu diri terdiri akan diusung ke alam yang abadi. kekal untuk selama-lamanya.
Apa ertinya keikhlasan dan kerakusan, apabila seorang guru menjadi pengajar dalam masa yang sama mengamalkan rasuah dalam aktiviti kehidupannya. Tidak ada apa-apa alasan yang dibenarkan oleh agama dalam amalan rasuah. Segelintir memberikan alasan dengan dengan untuk menolong untuk mendapatkan lesen memandu, contohnya. Lalu berlakulah jual beli dengan harga yang tertentu di antara mereka. Kegiatan ini dilalui dengan adanya wang sogokan di antara orang tengah dengan pihak penguatkuasa. Lulus tetapi tidak bermaruah.. Ujian diluluskan, tetapi inilah dosa yang maruah yang telah ditanggung seumur hidup.
Kenapa mulut dan tangan mereka tidak dapat mengawal perasaan, kebodohan yang lalu, sedangkan kejahatan itu senantiasa bermain di depan mata.Epilog selalunya ada penghujung, samada baik atau jahat.
Ke makam ayah
aku seringkali mendatangi daerah itu, bersama dengan kesepian, setelah berbulan-bulan tidak kudatangi ia.lalu setiap pagi setelah mentahari segalah naik, aku menyedari senyuman ayah sedang terukir di pintu rumah menyambut kepulanganku. tetapi kali ini aku kembali ke pintu tanah wakaf itu, hanya dengan semangat dan kecekalan untuk meneruskan aspirasi.