Thursday, August 2, 2012

Alahai teman-teman

Sesiapapun tidak mengatakan mudah untuk menggali ilmu, di dasar yang jauh, digali dan terus digali. Nampaknya memang mudah kerana di peringkat melihat buku-buku ilmiah itu boleh dihadam, kemudiannya diluahkan sedapat mungkin. Bukan semudah makan dan memuntahkan. Ilmu kena difahami, dihayati, dipohon pemilik ilmu itu, minta keberkatan, minta pertolongan dari Tuhan.
Sekarang teman-teman memenungi nasib, masa depan, masa belakang dan sebenarnya masalah masa, masalah waktu, dihadapi oleh semua penuntut.Tewas! Aku benci makanan yang membuat aku dan teman-teman ditewaskan oleh nafsu ngantuk, nafsu malas, syetan, iblis, dan halangan-halangan lebih besar, kebodohan yang mendundukan. Betapa ramai di sekeliling, kelompok-kelompok besar terdiri daripada penggali - penggali kubur, entah kenapa mereka bersengketa tentang keilmuan.Hasilnya tidak ada apa-apa, kecuali mendaulatkan parti-parti popular. Kesian mereka, kata abah. Menurut hawa nafsu.

Sekitar kampus



Wednesday, August 1, 2012

Kuhampiri impian

Hampir sudah cinta tergapai
mengitari lereng nan hijau kampus lestari. Kekuatan dan keazaman silih berganti kemalasan dan kedangkalan berfikir, kekadang merimaskan, tetapi bisikan iblis dan hawa nafsu keji itu dimusnahkan oleh kebaikan yang menjulang seperti pelangi.

Kehijauan yang menanti

Tulang gemulangku kian reput untuk mencapai impian yang pernah kudambakan, puluhan tahun lalu. Kerana disebabkan halangan, cabaran, dan soal ketidaksedaran betapa pentingnya pendidikan kepada manusia yang mahu hidup di alam moden. Bukan tidak kurang, segelintir mahluk Tuhan yang menganggap pendidikan di peringkat universiti tidak penting, malah mengatakan para sarjana di menara gading macam-macam.Merekahlah wira mengaku, pejuang, reformasi, mengakut itu dan ini, sedang sebenarnya mereka manusia yang rugi senasib binatang nun di rimba.