Sunday, February 14, 2010

Sementara ada

Wajarnya perayaan panjang, ada kelapangan bersiar-siar ataupun ziarahi ibu dan ayah jauh di sana, bukankah lebih memberi makna. Ingin sekali aku segera terbang mengepak tinggi melihat betapa menjauhnya daratan. Namun kali ini aku tidak dapat memenuhi impian, meski aku terpaksa berkurung dalam kamar dan memenungi akan masa yang berlalu.
Maafkan kami, kerana tidak dapat berbual dan bersentuh mata kerana keadaan tidak mengizinkan. Walaupun tergerak resah untuk pulang bersama, menikmati hidangan yang tentunya sederhana tetapi cukup enak dirasai.