Berliku hendak menempuh perjalanan, dengan segala rintangan, pahit getir, disesatkan oleh kefahaman keji dan jijik manusia lain yang mengotori kejernihan sebuah perjalanan. Memahami perjalanan keilmuan, samalah seperti sufi di tengah lautan kesepian, dia tidak mahu berbicara dengan sesiapa yang kecil semangat, seorang sufi tidak akan memperdulikan kejahatan prasangka yang dibisikkan suara iblis. Usia, selagi masih waras berfikir, masih jelas merenung melalui akal, usia hanyalah takah-takah kecil sebagai batu loncatan, kerana yang paling penting dalam tujuan meneruskan perjalanan ialah titik keazaman dan kekuatan mental.Syabas! Kekuatan mengumpul menjadi keras, tinggi memuncak, menjulang dan tidak mahu disamakan dengan kejadian yang lain.
Sungguh terasa nikmat dapat bertutur, melihat dan berfikir. Bersyukurlah dilahirkan sebagai hamba Tuhan. Ada DIA untuk kita sembah. Bagaimana ? Tuhan menciptakan, untuk apa dijadikan, atau membiarkan otak menjadi kering? Maka samalah juga kejadian isi-isi alam tidak berakal lain, batu,kayu,pepejal,tumbuhan dsbnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Setiap dugaan yang diberi oleh Allah SWT, memberikan kesan yang mendalam kepada perjalanan diriku. Dengan kudrat dan inayah Tuhan, setiap...
-
Di anjung kehidupan ini ayah merenungi hari-hari yang berlalu. Melalui latar zaman, kejerihan memikul hidup di sebuah desa. Kecekalan serta...