Sebutir permata kilau cahaya
di atas sejadah berzikir dan selawat
junjungan Rasulullah
Nur Muhammad, Nur Allah
Tebaklah sukma dipanah ZatNYA
Jadi sahabat semasa hayat.
Sebentuk cincin yang pernah ku tatap dan dan memakainya pada tahun 2008, dan pada hari ini 7.1.2026, aku merasai batu dan cincin ini tersehindar daripada apa yang membakar. Ya aku masih mahu menyarungkan ke jari yang semakin gemuk-gemuk, kecuali anak jari sahaja yang boleh dimuatkan.
Aku merasa berat untuk meulai menaip menulis, dan apabila ku sarungkan dua belah cincin ke dalam jari sebelah kiri dan kanan, terasa seimbang. Seperti sebuah perahu yang seimbang membelah arus yang deras, dan kesimbangan itu perlu untuk sampai ke hujung yang tidak bertepi.
Sayang sekali meja tempat kau menari telah hangus terbakar menjadi abu. Dasyat kejadian itu tanpa mengenal teman atau musuh. Mereka yang menerpa tiba-tiba tanpa mata dan perasaan, itulah musuh sebenarnya kita apabila kiamat kelak. Bahan api neraka yang terdiri daripada bahannya manusia, dan batu-batan. Dasyat, itulah yang paling teruk.
Dalam senyap ,. usia cincin ini telah berusia 18 tahun. Sebenarnya aku jarang memakainya di jari, hanya disimpan didalam sebuah kotak, bertahun-tahun lamanya sehingga pada hari kebakaran itu berlaku, Bekas kotak cincin itu terselamat daripada kebakaran.
No comments:
Post a Comment