Wednesday, March 31, 2010

Cinta Yang Kehilangan Kunci

Sewaktu dia berhadapan dengan ketegangan
seringnya dia bersikap tenang dan banyak
mengalah
meningkatkan darjat dewasa
dan membisukan marah

Lalu dikurungnya diri pada satu kamar terkunci
memenungi sepi dan jasa yang tidak pernah
dihargai

Kaupun menyangka pertengkaran itu satu lumrah
untuk memaniskan cinta
kerana adakalanya pintu itu
tidak dapat kaubuka lagi
dengan senyuman dan bujukan
kerana dia kehilangan kunci cintanya.

No comments: