Wednesday, March 31, 2010

Isteri Yang Kutalakkan

Kerana aku tidak mampu membelikan
seekor kuda dan sebuah mahligai di puncak
buat hadiah perkahwinan kita
kau teruskan rajuk berbulan lama
membiarkan sendirianku bersama
lilitan serban keimanan
dan panji kedukaan.

Setelah kutalakkan kau
bersaksi seluruh penghulu langit
dan ibumu yang tersipu-sipu malu
atas kerelaanmu
tangismu jatuh
bagaikan mutiara menyirami kegersangan;
kutadah dengan selembar kekesalan.

Namun, bulan yang teduh
waktu sejadahku basah
dalam doa yang pasrah
ku berhenti mengeluh;
kerana
kau punya mata rawan kepuraan
bertopengkan kebendaan.

No comments: