Wednesday, March 31, 2010

Kalaulah kita berpisah
biarlah disebabkan oleh kebenaran
yang tidak perlu disembunyikan
walau secebispun.

Kalaulah kita membisu
biarlah tidak kerana marah dan dendam
yang pernah kita janjikan
percintaan bermula dari keikhlasan
hanya Tuhan yang tahu catatan
rahsia di dadamu.

Kalaulah ada lagi kepahitan sebegini
sudah pasti tidak sanggup ku renangi
kerana mudah menyatakan takdir
tetapi sulit memikul sakit.

No comments: