Friday, April 9, 2010

Lelaki, Suami yang hanya tahu melepaskan marah

Sedih dan pilunya perasaan seorang isteri yang pernah disayang, dibelai, dimanja kemudian sesudah kalungan cinta terlerai dia diseksa, dipukul, disirami asid sehingga mencacatkan wajahnya. Tuhan jadikan lelaki untuk melindungi, menjadi pelindung kepada kaum wanita, bukan setelah memuaskan rasa, melepaskan nafsu lalu mereka dihina. Aduhai! Lelaki perkasa, mengapa sekejam itu, kau menzalimi isterimu, sesudah datangnya dendam dan cemburu.
Mereka dijadikan daripada tulang rusuk lelaki, yang lembut dan mudah lentur. Kalau sudah dibenci, biarkan Tuhan memberi mereka kasih sayang lagi dan memberi mereka rezeki. Lepaskan saja mereka daripada ikatan kasih, ikatan hidup rumah tangga. Inilah tabiat manusia, sedang dapat menikmati kasih yang ranum barangkali, lalu isteri tidak disantuni lagi.

Ingat, semua apa yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan Tuhan.
Ini kerana salahnya sistem kehidupan, yang mengajar mengejar kebendaan, sehingga akal budi hanya tinggal beberapa titis. Yang mengalir didalamnya bukan darah keinsanan tetapi noda keji dan tidak betah digelar manusia.
Balaslah kebencian dan kasih sayang.
Yang akan dibawa pulang ke dunia sana adalah pembalasan.
Peringatan untuk lelaki sepertiku.

No comments: