Pernah kita seiringan berkongsi hasrat
meluahkan rasa dan menerima perasaan
menimba manis menelan pahit
hanya seketika
akhirnya kita meningkatkan darjat kenyataan
berpisah kerana kau ingin jadi perempuan terhebat
dan aku ingin menjadi suami terbaik kepada isteriku
akhirnya kita terpisah
Persoalannya, mengapa diteruskan
setelah kita tahu persahabatan ini melukakan nurani,
Ataukah ada kalanya kita wajar bersandar
di pepohonan yang teduh
meskipun berlainan mimpi
hanya Tuhan yang tahu
apakah kesudahan naratif dan maksudnya.
Sungguh terasa nikmat dapat bertutur, melihat dan berfikir. Bersyukurlah dilahirkan sebagai hamba Tuhan. Ada DIA untuk kita sembah. Bagaimana ? Tuhan menciptakan, untuk apa dijadikan, atau membiarkan otak menjadi kering? Maka samalah juga kejadian isi-isi alam tidak berakal lain, batu,kayu,pepejal,tumbuhan dsbnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Setiap dugaan yang diberi oleh Allah SWT, memberikan kesan yang mendalam kepada perjalanan diriku. Dengan kudrat dan inayah Tuhan, setiap...
-
Di anjung kehidupan ini ayah merenungi hari-hari yang berlalu. Melalui latar zaman, kejerihan memikul hidup di sebuah desa. Kecekalan serta...
No comments:
Post a Comment