Sunday, March 10, 2013

Kesangsian hanyalah bisikan nafsu keji

Berliku hendak menempuh perjalanan, dengan segala rintangan, pahit getir, disesatkan oleh kefahaman keji dan jijik manusia lain yang mengotori kejernihan sebuah perjalanan. Memahami perjalanan keilmuan, samalah seperti sufi di tengah lautan kesepian, dia tidak mahu berbicara dengan sesiapa yang kecil semangat, seorang sufi tidak akan  memperdulikan kejahatan prasangka yang dibisikkan suara iblis. Usia, selagi masih waras berfikir, masih jelas merenung melalui akal, usia hanyalah takah-takah kecil sebagai batu loncatan, kerana yang paling penting dalam tujuan meneruskan perjalanan ialah titik keazaman dan kekuatan mental.Syabas! Kekuatan mengumpul menjadi keras, tinggi memuncak, menjulang dan tidak mahu disamakan dengan kejadian yang lain.

No comments: